Wednesday 15 February 2017

Tanggungjawab Individu Terhadap Negara Malaysia

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP    NEGARA
 
THANESHRAJ A/L KALIMUTHU  (15DTK16F1044)
DEVENDRARAJ A/L DANARAJAN (15DTK16F1054)
SASHEENTHARAN A/L THIYAHU (15DTK16F1037)
LOGESWARY A/P NADARAJAH (15DTK16F1011)
PAVITHRAH A/P SHANMUGASUNTARAM (15DTK16F1001)


Dalam usaha Malaysia mengejar pengiktirafan sebagai ‘negara maju’, sudah pasti tidak terkira aral yang bakal melintang untuk mendapat gelaran yang begitu signifikan ini. Namun mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata  ‘Sesungguhnya bangsa yang Berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup’. Hal ini menunjukkan bahawa jika rakyat tidak menanam jati diri yang kukuh lagi utuh, nescaya kita akan dilihat sebagai sasaran yang mudah oleh kuasa Barat yang rakus. Oleh itu, kita hendaklah memahami dan melaksanakan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia dengan penuh komitmen untuk memacu pembangunan Negara.
Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan Negara antaranya ialah dari pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam pembangunan Negara kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia yang sah di sisi undang-undang mestilah memiliki sifat sayang dan cinta akan tanah air sendiri. Kesedaran kepentingan semangat patriotik dalam diri setiap warganegara hendaklah dipupuk supaya dapat menyemarak rasa bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang selamat, maju dan makmur. Perkara yang kedua berdasarkan perspektif individu juga, kita wajib mentaati raja sebagai pemerintah tertinggi. Kita sewajarnya menghormati pemimpin sebagai wadah untuk memupuk sikap bertolerasi dan saling berkaitan antara rakyat dan pemimpin.
Dalam masa yang sama, semua rakyat perlu mengutamakan sikap saling bersatu dan menjunjung aspirasi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang selaras dengan konsep 1Malaysia. Konsep yang telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Haji Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri kini mampu menjaminkan keamanan dan keharmonian negara. Selain itu, semua pihak perlu berusaha dengan gigih untuk membangunkan potensi ekonomi negara. Kerajaan bertanggungjawab memanfaatkan segala potensi dan hasil mahsul negara untuk faedah rakyat. Melalui strategi ini, tidak mustahillah kita dapat melahirkan negara yang boleh bersaing dalam sektor ekonomi terutama menjelang hasrat Wawasan 2020.
Yang di-pertuan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pernah bertitah, “Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benar cintakan tanah air. Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatan bersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kita semua,”. Marilah kita berganding bahu bersama-sama menyongsong tanah air agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan.


Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaya yang terbentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara ,iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 mei 1969 yang menggugat perpaduan dan ketenteraman negara.


SETIAP WARGA MALAYSIA HARUS MEMATUHI PRINSIP RUKUN NEGARA.DENGAN MEMATUHI PRINSIP TERSEBUT NEGARA AKAN AMAN DAN DAMAI.

LINK;
https://en.wikipedia.org/wiki/Rukunegara

Objektif Rukun Negara

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
  • Memelihara satu cara hidup demokratik.
  • Mencapai satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
  • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
  • Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.  
  • Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita . 
  • keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara..


MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, adat resam, budaya yang pelbagai, pasti wujud pandangan yang berbeza daripada segala sudut dan persoalan. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Walaupun wujud unsur-unsur perbezaan ini, Ruku Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanapa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Pengamalan dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara akan boleh membentuk semangat kecintaan dan patriotik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, adat resam, budaya dan fahaman politik. Rukun Negara adalah doktrin penyatuan untuk semua rakyat Malaysia bagi membentuk sebuah Negara Bangsa yang berdaulat serta bermaruah.

MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK

Perlembagaan Negara memberi jaminan kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik di negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Demokrasi negaraini perlu disesuaikan dengan undang-undang dan acuan Malaysia yang menghormati segala batas-batas tertentu untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Apabila berlaku sebarang masalah yang melandan negara, kepentingan bangsa dan negara perlulah diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi. Kepentingan negara hendaklah diutamakan melebihi kepentingan peribadi. Kepentingan negara hendaklah diutamakan melebihi kepentingan sesuatu kaum atau pihak atau kumpulan tertentu sahaja. Sekiranya sikap dan kepentingan peribadi serta kumpulan kaum sahaja diutamakan, kesatibilan dan keselamatan negara akan terancam. Perkara ini akan merugikan serta menyusahkan semua pihak terutama rakyat yang akan menanggung kesengsaraan kesan daripada sengketa kaum.

MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL

Semua rakyat tanpa mengira kaum, agama. keturunan dan ideologi mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini sekiranya kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang kurang berkemampuan akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang dicita-citakan akan bebas daripada penindasan terhadap individu ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. Peluang dan kesamarataan kepada setiap rakyat Malaysia terbuka luas tanpa mengira kaum, agama dan sempadan geografi.

MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun terdapat pelbagai adat resam, budaya dan nilai kehidupan, semua rakyat perlu menerima dan mengiktiraf kelainan ini sebagai suatu kekayaan kepada negara. Rakyat perlu bersikap toleransi dan menerima apa jua perlakuan orang lain kerana, kebebasan menjadi keutamaan untuk semua rakyat terhadap kebudayaan dan cara hidup mereka.

MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF

Rakyat dan negara perlu bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat progresif untuk mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Rakyat negara ini digalakkan memperoleh segala kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk mewujudkan sebuah negara maju yang berdaya saing di peringkat global.

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarkat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaiaman matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat Malaysia terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai keagamaan.
PRINSIP RUKUN NEGARA


4 comments:

  1. Wahh....sangat membantuπŸ˜ŽπŸ™†πŸ™ˆ

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu untuk melancarkan lagi proses pembelajaran dan lain-lain

    ReplyDelete
  3. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete